BUAT !,JANGAN TAK BUAT!

Jika ada orang yang berkata dia menghadapi kesukaran untuk belajar mengenai sesuatu dalam zaman ini, berkemungkinan besar orang itu adalah buta huruf atau tidak pernah dengar mengenai internet.

Zaman yang kita diami sekarang ini penuh dengan maklumat. Apa saja yang terlintas dalam kepala yang dianggap idea hebat, akan ada saja orang lain yang terlebih dulu temui dan sebarkannya.

Terdapat jutaan perniagaan bertebaran di atas muka bumi dan juga di dunia maya.

Kita boleh bayangkan berbagai barangan bergerak ke sana sini dari tempat pembuatannya menuju ke pusat pengedarannya dan seterusnya bergerak menuju kepada pelanggan.

Dan pergerakan tersebut berlaku di seluruh dunia. Sebutlah apa saja, sudah tentu dah ada orang yang niagakannya. Apa yang orang tak niagakan, sudah tentu disebabkan tidak ada permintaan.

Mungkin atas alasan itulah ramai yang mengeluh sebab tak boleh berniaga. Ada yang berfikiran bahawa zaman dulu ketika dunia masih belum maju seperti di zaman P Ramlee atau sebelumnya lebih mudah untuk berniaga dan berjaya.

Mereka berikan contoh jutawan yang dah berjaya kini yang memulakan perniagaan sejak zaman sebelum merdeka seperti Robert Kwok, Lim Goh Tong, Yeoh Teong Lai, dan lain-lain lagi. Mereka kaya sebab mula berniaga pada zaman kurang persaingan !.

Tetapi betul kah begitu? adakah orang dulu berjaya sebab kurang persaingan berbanding sekarang. Untuk berjaya sekarang ini terlalu sukar, sebab sebut apa saja, dah ribuan peniaga lain mulakan terlebih dulu.

Sebenarnya sangkaan bahawa dulu lebih mudah berniaga berbanding sekarang jauh meleset sama sekali.

Malah zaman sekarang semua orang boleh mula berniaga dengan begitu pantas dan cepat dan jika betul caranya dalam tempoh tak sampai setahun mampu menggugat pesainganya dari kalangan syarikat raksasa antara bangsa.

Kadang benda dah ada depan mata pun kita masih merungut tak boleh buat, baru buat sikit dah macam-macam bunyi keluar. Macam ni bagaimana nak berniaga?

Asyik merungut sahaja.

 

Apabila ditimbal balik kelebihan dulu dengan kelebihan sekarang, maka secara logiknya adalah sama sahaja. Peluang untuk berniaga sentiasa ada samada dulu atau sekarang.

Tapi kenapa susah sangat nak berniaga?
Sebabnya adalah, kita hanya berangan-angan tapi tak buat. Dah bercawan-cawan teh tarik kita hirup sepanjang berbual mencari idea dengan kawan-kawan, nak buat itu dan nak buat ini….bila balik rumah semuanya habis begitu saja.

Esok pergi pula berbincang dan mengeluarkan berbagai idea dan berbagai resolusi. Minum teh tarik lagi dan order segelas lagi. Pindah kedai pulak dan minum nescafe, bincang lagi….bila balik rumah, semuanya habis begitu saja.

Begitulah seterusnya sehari jadi seminggu, sebulan jadi setahun. Umur kian meningkat, masa mula menjadi singkat, tenaga berkurangan, komitmen bertambah, alasan pula bertambah…sedar-sedar orang sedang mengajar mengucap di tepi telinga…nazak lah tu!.

Oleh itu perkara asas yang kita perlu buat adalah, sebaik saja ada idea, setelah dikemas kini dan di buat perincian dan kajian secara mencukupi terus laksanakan !

Jangan tunggu-tunggu lagi dengan idea demi idea yang baru tapi satupun tak dilaksanakan.

Buat perancangan asas dan ikut perancangan tersebut dengan segera. Tukar perancangan bila perlu untuk sesuaikan diri dengan keadaan semasa dan terus buat sampai berjaya.

Begitu juga dalam semua perkara lain
Perkara yang juga berlaku dalam bidang lain selain dari berniaga. Apa saja yang mahu dilakukan dan apa saja perkara yang kita mahu tahu, begitu mudah untuk dapatkannya.

 

Cakaplah apa saja yang anda nak jadi, akan ada saja jawapan dan bagaimana melakukannya. Yang penting adalah adakah anda memang ada disiplin untuk melaksanakan apa yang anda rancangkan?
Bila bercakap tentang idea dan buat ini, sentiasa teringat ayat:

“Tak guna ada seribu idea tapi satupun tidak dilaksanakan, cukup dengan hanya satu idea dan dilaksanakan. Anda akan berjaya mengatasi orang lain”

Ya! hanya satu idea dan terus laksanakan. Itulah petuanya.

Moga kita dapat amalkannya dalam kehidupan. Insyallah.

[/fusion_text]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.