Rahsia Membuat Keputusan Yang Terbaik Dalam Perniagaan

Setiap hari, seorang usahawan dan pemilik perniagaan akan membuat keputusan untuk perniagaan mereka. Kadangkala, keputusan yang harus diambil itu terlalu besar risikonya dan anda pasti akan mengambil langkah berjaga-jaga.

Jangan tidak mengaku. Soalan hendak “makan di mana?” juga memerlukan keputusan yang besar untuk dilakukan. Boleh jadi soalan yang paling susah untuk dijawab!

Jadi, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka dalam menentukan sesuatu keputusan?

#1 – Letupkan Sendiri Belon Yang Ditiup

belon3

Seorang pembuat keputusan yang baik memiliki tabiat meletupkan ‘belon-belon’ maklumat yang mereka peroleh.

Individu hebat akan bertukar pendapat dengan mereka-mereka yang berada di luar bulatan keselesaan masing-masing. Hal ini demikian kerana anda akan berhadapan dengan generasi, budaya dan kumpulan yang berbeza-beza semasa mengendalikan perniagaan.

Anda seharusnya berani untuk berlawan dengan cabaran walaupun akan ada sedikit ketidakselesaan yang bakal berlaku.

#2 – Sahihkan Sumber Rujukan

Pembuat keputusan yang baik juga membina pemikiran yang positif akan bahan yang dibaca.

Walaupun terdapat topik yang sensasi mengenai ekonomi dan perniagaan dan menimbulkan kontroversi, anda seharusnya sudah mengetahui bahawa kesemua itu memiliki agenda masing-masing untuk diketengahkan.

Anda seharusnya menjadi ‘berkecuali’ untuk menghakimi agenda tersebut dan pastikan kesahihannya terlebih dahulu untuk membuat keputusan dalam perniagaan anda.

#3 – Baca, Baca Dan Teruskan Membaca

overcome_fear_risk

Baca artikel yang ringkas dan padat. Aktiviti ini akan memberikan anda maklumat yang lebih pantas, mengikut peredaran masa dan menjana idea. Itu mungkin sekadar mengisi kekosongan masa anda sahaja.

Namun tidak menjadi masalah untuk anda merujuk buku. Hal ini kerana, sebuah buku akan membawa anda bersama-sama menyelam ke dalam satu topik ke satu topik yang lain secara lebih mendalam.

Sedangkan Bill Gates, seorang lelaki yang paling kaya di dunia pun juga suka membaca setiap hari.

#4 – Memupuk Perasaan Ingin Tahu

keberanianmengambilrisiko_risk

Anda seharusnya menjadi seseorang yang ingin mencari jawapan, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Harus tanya dengan banyak akan sesuatu yang tidak difahami dan diragui. Hal ini akan membantu meningkatkan perasaan ingin tahu.

#5 – Jangan Lari

apakah-anda-berani-jadi-pengusaha

Kini kita hidup dalam dunia yang pesat membangun. Semua orang tidak boleh lari dalam membuat keputusan sama ada yang sukar atau senang dalam hidup masing-masing.

Anda seharusnya benar-benar memahami akan keputusan ‘ya’ atau ‘tidak’ yang dilakukan dan harus pantas bertindak. Dilarang meletakkan pasukan, pembekal dan sebagainya di dalam situasi yang mengelirukan untuk membuat keputusan.

Bentuk diri supaya lebih berfikiran terbuka, sedikit curiga yang positif, selalu paksa diri untuk belajar sesuatu yang baru demi kelangsungan perniagaan anda ke arah yang lebih maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.