Biodata

Saya Berusia 36 Tahun Dan Merupakan Pengarah Urusan Untuk Wasima Wafa Group Of Companies Yang Mempunyai Beberapa Anak Syarikat Di Bawah Naungan. Antara Syarikat Yang Bernaung Di Bawah Wasima Wafa Group Of Companies Ialah, Wasima Wafa Sdn. Bhd., Wasima Academy Sdn. Bhd Dan Dania Beauty Sdn. Bhd.

collage

Sebelum Saya Menubuhkan Wasima Wafa Group Of Companies, Saya Ada Pengalaman Bekerja Selama 10 Tahun Di Beberapa Buah Syarikat. Antara Syarikat Yang Saya Pernah Berkhidmat Adalah, United Seino Transportation (M) Sdn. Bhd Selama 4 Tahun, Tiong Nam Logistic Sdn Bhd Selama 2 Tahun, Handee Express (M) Sdn Bhd Selama 2 Tahun Dan Yang Terakhir Adalah Tanjong Express Sdn Bhd Selama 2 Tahun Sebagai Pengurus Operasi. Sebab Semangat Tekad Untuk Berjaya Membuatkan Saya Membuat Keputusan Untuk Meletak Jawatan Dan Memulakan Perniagaan Pada Tahun 2012.

Dengan Bermodalkan Hanya RM 2000, Saya Bersama – Sama Seorang Rakan Niaga Mengeluarkan Produk Gel Lutut Amani, Inspirasi Daripada Diri Saya Sendiri Yang Mengalami Sakit Lutut Yang Berpanjangan Dan Kronik.

Saya Merupakan Salah Seorang Anak Didik Dr. Azizan Osman, Yang Mana Saya Berada Di Dalam Circle “Titanium Premium”. Antara Circle Premium Yang Terawal Ditubuhkan. Mempunyai Mentor Yang Hebat, Pada Tahun 2014, Saya Berjaya Memperoleh Hasil Jualan Sebanyak 1.75 Juta Dari Hasil Jualan Gel Lutut Amani. Tidak Berhenti Di Situ, Saya Meneruskan Lagi Kejayaan Pada Tahun 2015 Dengan Hasil Jualan Yang Jauh Lebih Tinggi Iaitu 8.40 Juta, Menjadikan Jumlah Jualan Dalam Hanya Dua Tahun Mencecah 10.15 Juta.

Produk Terlaris, Gel Lutut Amani Yang Berjaya Membantu Orang Ramai Telah Terjual Sebanyak 160, 430 Botol Serta Mempunyai Lebih Kurang 40 Orang Stokis Yang Aktif Di Bawah Saya. Produk Yang Saya Hasilkan Juga Telah Banyak Membantu Ramai Ibu Dan Ayah Di Rumah Untuk Kembali Solat Berdiri Dan Mengurangkan Sakit Lutut Serta Sendi Yang Selama Ini Menghantui Hari – Hari Mereka.

Kepakaran Saya Menguruskan Hampir 40 Orang Stokis Serta Beratus – Ratus Ejen Jualan Membuatkan Saya Sangat Berpengalaman Dan Tahu Secara Terperinci Mengenai Sistem Ejen Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Menguruskan Mereka.

Saya Merupakan Seorang Pakar Strategi Pemasaran, Pakar Sistem Ejen Dan Pakar Motivasi Dengan Mengadakan Seminar Gergasi Hijau, Dan Saya Telah Berjaya Membantu Seramai Hampir 8,000 Usahawan Demi Untuk Berkongsi Ilmu Dan Rahsia Kejayaan Saya. Bukan Setakat Seminar, Tetapi Saya Juga Bersama – Sama Dengan Wasima Academy Banyak Mengadakan Kelas – Kelas Intensif Yang Berskala Kecil Untuk Melatih Dan Membantu Para Usahawan Baru Dan Lama Dalam Selok Belok Perniagaan Dan Juga Sistem Ejen Serta Stokis Dalam Jualan Mereka.

Hasil Titik Peluh Dan Semangat Dedikasi Saya Membantu Usahawan Yang Lain Dan Menambah Nilai Hidup Orang Lain, Saya Telah Dianugerahkan Dengan Anugerah Ikon Usahawan Selangor Pada Tahun 2015.

Dengan Ilmu Dan Pengalaman Yang Saya Miliki, Terdetik Di Hati Saya Untuk Sama – Sama Berkongsi Cebisan Ilmu Bersama – Sama Bakal Usahawan Yang Sangat Meminati Bidang Perniagaan Dan Dahagakan Ilmu Pemasaran.

Tujuan Utama Saya Bersungguh – Sungguh Mengadakan Seminar – Seminar Perniagaan Adalah Kerana Saya Ingat Akan Pesan Mentor Saya Iaitu Dr. Azizan Osman. Beliau Berpesan Pada Saya, Ilmu Yang Kita Miliki Ini Kita Kena Kongsi Dengan Seramai Yang Boleh, Kerana Ilmu Yang Kita Sampaikan Itu Akan Memberi Manfaat Pada Orang Lain Untuk Mengubah Hidup Mereka.